Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Malaysiakini padam artikel petik hantaran FB isteri Rameli

Malaysiakini telah memadam artikel yang memetik hantaran Facebook Norlella Md Akram, iaitu isteri Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Rameli Musa.

Ia susulan firma guaman mewakili Norlella yang memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa hantaran itu adalah peribadi dan bukan untuk orang awam.

Hantaran Facebook itu tular di sosial media.

Semalam Rameli memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas beliau dipercayai membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bagi pihak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Menurut Clare, pembayaran itu merupakan sebahagian daripada penyelesaian yang dicapai selepas Hadi memutuskan untuk menarik balik saman malu yang difailnya.

SPRM telah membekukan sejumlah aset dan akaun bank milik pemimpin PAS sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung kes berkenaan.

Kes saman Abdul Hadi terhadap Clare sebelum ini adalah berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Umno.