Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Tiada larangan untuk kanak-kanak tak divaksin ke sekolah

Kementerian Pendidikan tidak akan mengenakan larangan terhadap pelajar yang tidak divaksin daripada pergi ke sekolah.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata isu vaksin dan hak mendapatkan pendidikan berbeza dan di bawah tanggunjawab dua kementerian berbeza.

"Kerajaan mengutamakan pendidikan kepada semua kanak-kanak dan tidak akan menutup pintu kepada sesiapa untuk mendapatkan akses pendidikan.

"Isu vaksin adalah isu Kementerian kesihatan. Manakala di pihak kami pula, kami berpendapat semua anak warganegara mempunyai hak dan perlu diberi akses pendidikan tanpa diskriminasi," katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Maszlee bagaimanapun berkata vaksin amat penting kepada kanak-kanak.

Maszle mengeluarkan kenyataan itu bagi menjelaskan laporan sebuah portal yang menurutnya telah silap petik kata-katanya berhubung isu itu.

Laporan yang diterbitkan semalam itu bertajuk "Tiada cadangan wajib suntikan vaksin kepada murid".