Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Ikan lumba-lumba terdampar di Tawau diselamatkan bomba

Seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pesisir pantai berhampiran Pusat Komersial Ba Zhong di Tawau, Sabah tengah hari tadi

Orang awam yang menyedari kehadiran hidupan laut itu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Tawau pada jam 12.05 tengah hari.

Ikan jantan dewasa itu ketika ditemui masih hidup namun berada dalam keadaan lemah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata sejurus menerima maklumat berkenaan dua jentera serta tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi penyelamatan.

"Bomba bersama orang awam membantu mengalihkan ikan tersebut kembali ke laut dalam," katanya ketika ditemui pemberita di Tawau, hari ini.

Sharudy berkata keadaan operasi terkawal pada 12.15 tengah hari bagaimana pun operasi belum ditamatkan dan pemantauan masih dilakukan dikhuatiri ikan lumba-lumba itu kembali ke pesisiran pantai.

- Bernama