Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

Mahkamah tolak permohonan semakan Najib, Shafee

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan berasingan oleh bekas perdana menteri Najib Razak dan peguam Muhammad Shafee Abdullah bagi mendapat semakan kehakiman untuk melucutkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan atas tuduhan jenayah berkaitan 1MDB ke atas mereka.

Menurut Shafee, keputusan itu dibuat oleh Hakim Azizah Nawawi yang berpendapat adalah lebih sesuai untuk perkara itu ditangani oleh mahkamah jenayah.

Walau bagaimanapun, beliau berkata mahkamah mengakui bahawa kedua-dua Najib dan dirinya mempunyai kes yang kukuh dari segi bukti dan merit.

"Mahkamah terlebih dahulu menangani sama ada kami mempunyai kes yang kukuh untuk diberikan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman. Untuk ini, mahkamah berkata 'Ya' dengan jelas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada petang ini.

Shafee berkata berhubung dengan isu peguam negara yang enggan memberikan salinan surat pelantikan Sri Ram, hakim berkata ini "membingungkan".

"Jadi selepas mendapati bahawa kami mempunyai alasan kukuh, mahkamah kemudian memutuskan sama ada - mahkamah ini atau mahkamah jenayah - kerana perkara itu di mahkamah jenayah hari ini," kata peguam itu.

Beliau berkata hakim kemudian memutuskan bahawa adalah lebih sesuai untuk permohonan itu ditangani oleh mahkamah jenayah kerana mahkamah yang sama akan membicarakannya.

[Baca berita penuh]