Tubuh RCI supaya bersih nama hakim jujur - Ambiga
Bekas pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan hari ini menyokong penubuhan Suruhanjaya Sasatan Diraja (RCI) bagi meneliti tuduhan campur tangan dalam kehakiman.
Ambiga ketika berucap di Festival Demokrasi di Kuala LUmpur hari ini berkata pihak yang menjejaskan badan kehakiman perlu bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.
Katanya, kehakiman adalah "darah dan kehidupan sesebuah negara."
"Saya percaya untuk melihat masa lalu sebelum menetapkan hala tuju masa depan.
"Jadi kita tidak akan mengulang kesalahan yang sama berkali-kali. Kamu perlu mengkaji dengan lebih teliti dan mengenal pasti masalahnya.
"Saya mahu institusi yang kuat jadi nanti tidak kisahlah - atau kurang diberi perhatian - mengenai siapa yang berkuasa. Institusi kehakiman perlu beroperasi untuk memeriksa semua salah guna kuasa," katanya.
Menurut Ambiga penubuhan RCI akan dapat membersihkan para hakim yang jujur daripada dakwaan salah laku.
"Terdapat ramai hakim yang menjalankan amanahnya dengan jujur dan melaksanakan peranannya dengan integriti.
"Jadi saya sokong RCI ini bukan saja untuk membersihkan para hakim yang melaksanakan fungsinya dengan betul tetapi juga untuk memastikan pihak yang menjejaskan sistem... untuk bertanggung jawab terhadap tindakan mereka," katanya.
Ambiga merujuk afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer baru-baru ini yang antaranya mendakwa ada hakim yang bersubahat dengan pihak swasta untuk menipu kerajaan.
BACA BERKAITAN:
Gempar! Komplot kerajaan, hakim, swasta tipu duit rakyat
RCI siasat salah laku hakim kanan: K'jaan akan kaji- PM
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai