Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

SURAT | Tuduhan pembangkang BN tidak mesra gaya hidup generasi muda tidak berasas

Seramai 626,110 pencari kerja di seluruh negara direkodkan telah berjaya memperoleh pekerjaan menerusi laman portal carian kerja, MYFutureJobs, di bawah Kementerian Sumber Manusia sehingga 30 September lalu.

Menteri Sumber Manusia, M Saravanan terus komited untuk bersama menjayakan agenda membela anak-anak muda di samping 'receptive' dan positif terhadap pelbagai syor yang dikemukakan oleh generasi muda.

Fokus utama diberi kepada industri 4.0 yang kini pesat membangun.

Tuduhan pembangkang yang menuduh, pendekatan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak mesra dengan gaya hidup generasi muda dan terlalu lapuk, adalah tidak berasas sama sekali.

Kerajaan semasa terus membantu anak-anak muda yang berdepan dengan pelbagai cabaran seperti mencari kerja sewaktu pandemik dan tak boleh sambung belajar disebabkan impak pandemik dan kekangan kewangan.

Bagi belia yang tidak berminat bekerja mengikut masa pejabat dan rela menjadi majikan sendiri (self-employed) yang dikenali sebagai sektor ekonomi gig, kerajaan memberi tumpuan kepada  sektor e-hailing dan p-hailing hingga inisiatif dirancang lebih tertumpu membantu golongan tersebut dalam pembentangan Bajet 2023.

Ini termasuk penerusan Skim TEKUN Belia Mobilepreneur membabitkan bantuan pinjaman RM1,000 hingga RM10,000 dan tanggungan bayaran lesen di bawah program MyPSV, sekali gus membolehkan belia, terutama lepasan sekolah menengah, pelajar yang menunggu untuk meneruskan pengajian atau ingin pendapatan tambahan.

Pada PRU15, seramai 21.1 juta pemilih yang berdaftar dengan 1.4 juta daripadanya adalah pengundi baru.

Jumlah paling ramai dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Golongan ini juga  bakal menentukan pola geopolitik negara selepas ini berdasarkan mereka yang mampu memberi kesan kepada calon.       

Kira-kira 6.9 juta pengundi mewakili kumpulan umur 18-20 tahun iaitu 16% daripada jumlah keseluruhan pengundi.

Kumpulan ini akan menjadi sasaran  parti-parti politik pada PRU15.

Di samping peluang pekerjaan, seramai 2 juta belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuhnya berusia 21 ke atas bakal menerima manfaat program kredit e-dompet, e-Pemula yang akan dinaikkan jumlah kredit kepada RM 200 tahun depan.

Pada masa sama, penglibatan aktif semua pihak dan pelbagai institusi adalah perlu supaya mendaftar dengan portal MYFutureJobs termasuk daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) supaya masing-masing menggalakkan pelajar serta graduan mereka untuk mendaftar menerusi portal padanan tersebut.

Langkah tersebut membolehkan mereka peka kepada peluang-peluang kerjaya dan perkhidmatan pekerjaan lain yang ditawarkan seperti kaunseling kerjaya serta program kebolehpasaran pekerjaan, karnival kerjaya dan sesi temuduga terbuka bersama majikan.

Anak- kerja  juga boleh menghadirkan diri terus ke pusat-pusat MYFutureJobs di seluruh negara anak muda dan pencari untuk mendapatkan perkhidmatan padanan pekerjaan terkini di Pejabat Perkeso, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan juga Pusat di Satelit MYFutureJobs kawasan luar bandar.

Harapan kita, lebih ramai belia cakna tentang sistem demokrasi berparlimen serta peranan sebagai pengundi muda dengan pelaksanaan Undi 18, seterusnya meningkatkan jati diri menjadi warganegara bertanggungjawab menjelang PRU 15.  


M VIVEKANANTHAN adalah Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.