Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

SURAT | Samy Vellu pemimpin fahami denyut nadi rakyat

SURAT | Amat banyak sumbangan negarawan terkenal, S Samy Vellu, kepada negara yang sudah tentu sukar untuk tafsirkan dengan kata-.

Sepanjang hayatnya, mendiang adalah antara menteri paling lama berkhidmat. Dia berkhidmat selama 29 tahun bermula sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada 1979.

Hampir 32 tahun memimpin MIC, era kepimpinan mendiang penuh dengan ujian dan cabaran. Mendiang adalah pemimpin yang mendalami dan memahami denyut nadi rakyat.

Saya mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan biografi mendiang kerana dia senantiasa sibuk dengan urusan kementerian serta parti membuatkan saya sukar untuk menghubungi beliau pada awalnya.

Banyak kali janji temu bersama Samy Vellu dibatalkan. Pada ketika itu tiada pekhidmatan komunikasi seperti sistem pesanan ringkas (SMS) atau pun WhatsApp macam sekarang.

Sepanjang menulis biografi itu, saya berjumpa Samy Vellu hampir 50 kali. Kadang-kadang di pejabat, dan kadang-kadang di nya. Hampir setiap kali saya menemui Samy Vellu dia akan mengajak saya makan bersama.

Saya amat kagum dengan Samy Vellu kerana mendiang seorang pemimpin yang berpendirian teguh, terutama jika ia melibatkan kebajikan masyarakat India dan pembangunan infrastruktur negara.

Selepas hampir menyiapkan biografi itu saya mencadangkan beberapa nama supaya dijadikan tajuk buku tersebut.

Selepas meneliti tajuk-tajuk tersebut, mendiang sendiri memilih MIC Era Samy Vellu dijadikan tajuk biografi berkenaan.

Mendiang memainkan peranan penting dalam penubuhan Kolej Tafe di Seremban, Asian Institute of Medicine, Science and Technology (Aimst) dan Koperasi Didik yang susah dicari pengganti.


M VIVEKANANTHAN ialah penulis MIC Era Samy Vellu. Dia kini menjadi Setiausaha Sulit Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.