Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

SURAT | Penjana Kerjaya: SPRM perlu siasat juga menteri

Saya mengambil maklum isu yang hangat diperbincangkan berkaitan laporan media tentang penahanan kira-kira 40 orang dalam siasatan dipercayai berkaitan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Saya merasa terkilan dengan respon yang diberikan oleh Menteri Sumber Manusia M Saravanan semasa menjawab soalan wartawan dalam satu sesi sidang media yang menyatakan bahawa sekiranya ada orang MIC yang ditangkap dalam operasi ini Ianya tidak boleh dikaitkan dengan MIC.

Ini satu kenyataan yang tidak masuk akal. Jika yang terlibat itu adalah Ahli MIC bagaimana ia tidak boleh dikaitkan dengan Parti MIC. 

Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika skandal ini melibatkan Ahli MIC.

Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab beliau seharusnya sedia maklum tentang Operasi yang melibatkan Kementerian beliau. 

Siasatan penyelewengan dana PenjanaKerjaya berjumlah RM100 juta itu sesuatu yang serius.

SPRM harus menyiasat semua pihak yang terlibat dalam kes ini. 

Jangan sekadar tangkap ikan bilis dan lepaskan jerung.

Jika ada keperluan SPRM harus tidak teragak-agak untuk siasat menteri dalam kes ini. 

Setiap kali pimpinan MIC memegang jawatan dalam Kerajaan isu penyelewengan terus menjadi. 

Kali ini siasatan berkenaan penyelewengan Penjana Kerjaya melibatkan dana untuk menjamin pekerjaan yang dikerjakan oleh pihak tidak bertanggungjawab harus disiasat sehingga lubang cacing.


THIBAN SUBBRAMANIAM adalah Ketua Cabang PKR Kuala Selangor

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.