SURAT | NGO Malaysia pertama bina ‘township’ di Syria
Serantau Muslim bakal menjejakkan kaki ke Syria pada minggu ini bagi melaksanakan misi bantuan musim sejuk yang bermula pada 5 hb Februari sehingga 14 hb Februari 2022 nanti.
Misi yang diatur rapi ini disertai beberapa orang sukarelawan Serantau Muslim bersama duta rasmi, antaranya Imam Muda Hassan dan Ustazah Isfadiah.
Misi ini merupakan misi kali keempat Serantau Muslim ke Syria yang mana antara kelainan kali ini ialah untuk meninjau proses terakhir pembinaan township dan masjid di sana.
Buat julung kalinya juga, Serantau Muslim menjadi NGO Malaysia pertama yang menubuhkan township di sana. Alhamdulillah.
Township ini merupakan sebuah pangsapuri yang digabung dengan masjid yang mana akan menempatkan 216 orang pada satu-satu masa dan ia terdiri daripada 18 buah blok rumah.
Manakala masjid di dalam township berkenaan boleh memuatkan sehingga 1,000 orang jemaah pada satu masa.
Dalam perkembangan yang sama, Serantau Muslim akan merasmikan kilang roti yang mana sebelum ini ia terhenti atas sebab-sebab tertentu dan bakal memulakan pengoperasiannya tidak lama lagi.
Ketika pandemik selama dua tahun sebelum ini, Serantau Muslim telah menghantar amanah para penyumbang ke sana bagi memenuhi sebahagian keperluan mereka melalui rakan kerjasama sahaja. Kini Serantau Muslim boleh bersua muka dengan para pelarian yang memerlukan untuk mengagihkan bantuan.
Pada misi kali ini juga, Serantau Muslim akan meneruskan agihan bantuan set pemanas, pakaian, makanan, tilam dan selimut kepada yang masih memerlukan di sana.
Selain daripada itu, Serantau Muslim ingin berterima kasih sebanyak-banyaknya kepada semua penyumbang yang bersama-sama sejak dulu sehingga hari ini dalam membantu minoriti Islam dan mereka yang memerlukan di seluruh negara Asean.
Untuk makluman umum, Serantau Muslim difahamkan musim sejuk ini berterusan dari Januari hingga awal Mac setiap tahun dan dianggarkan suhu antara bawah 0 hingga -5 darjah celcius. Keadaan di sana juga telah menyebabkan banyak khemah musnah akibat angin kuat dan salji tebal.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai