Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

SURAT | Banjir: Bisinglah sampai ke kertas undi

Masa bencana rakyat kuat bising melalui pelbagai media massa.

Tapi rakyat masih akan undi orang yang sama masa pilihan raya nanti.

Semua akan lupa bencana ini.

Rakyat kuat mengadu dan mengeluh pasal ahli-ahli politik tapi bila ada peluang untuk menukar wakil mereka, peluang dibazirkan.

Sama ada rakyat cepat maafkan mereka atau mudah termakan dengan janji-janji lapuk setiap kali ada pilihan raya.

Terpulanglah kepada rakyat dan kebijaksanaan mereka bila pilihan raya datang kelak.

Rata-rata kalau dikaji rakyat memang susah menerima orang baru dalam politik.

Asyik 'tergoda' dengan muka dan parti lama yang mainkan lagu yang sama.

Jadi, fikirlah dengan kematangan sendiri.

Tiada guna mengeluh dan berleter kalau memilih juadah yang basi setiap kali ada pilihan raya.


NARINDER PAL
Shah Alam