Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

SURAT | Percepat kajian penggunaan Ivermectin - Persatuan Penguna Melayu

Setelah mendapati banyak kenyataan pesakit Covid-19 yang tular di alam maya, dengan status pakar-pakar perubatan terkenal berkenaan penggunaan Ivermectin, wajib untuk dilabel dengan segera oleh kerajaan. Usah memberi alasan masih dalam peringkat percubaan lagi.

Apatah lagi Malaysia mencatatkan kematian harian tinggi melebihi 200 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes turun menambahkan keseluruhan kematian. Itu belum termasuk kematian semasa kuarantin di rumah.

Pada 11 Julai, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.

Dr Noor Hisham berkata KKM ketika ini hanya membenarkan penggunaan Ivermectin secara off label sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

Saya dapati sudah banyak negara telah mengiktiraf Ivermectin seperti Afrika Selatan, Zimbabwe, Slovakia, Czech, Mexico, dan sekarang di India.

Mereka meluluskan Ivermectin untuk pengunaan pakar perubatan profesional. Terdapat kajian menunjukkan Ivermectin mengurangkan kematian kerana Covid-19.

Terdapat juga kajian pakar bahawa Ivermectin cukup berkesan dan selamat digunakan.


LT COL (H) CHE HASSAN CHE JOHAN ialah Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.