Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

SURAT | Istilah ‘cuci duit’ ini bukan baru kita dengar

Setiap kali tiba bulan Ramadan dan Aidilfitri, seperti ada satu daya tarikan kepada pihak tertentu untuk menggugat sentimen orang Islam.

Terbaru timbul isu iklan judi dijadikan klip video lagu raya yang mengguris hati umat Islam.

Bukan satu, tapi dua iklan setakat ini. Persoalannya ia bukan benda baru, malah iklan seperti ini sudah bersepah dalam aplikasi WhatsApp dan Telegram yang disertai ribuan orang.

Taktiknya mudah, buat saluran di media sosial dan promosikan kepada orang ramai untuk dapat duit mudah.

Serendah RM10, mereka sudah boleh bermain dengan harapan akan menang bergaya.

Istilah ‘cuci duit’ ini bukanlah kita baru dengar, sudah lama malah ketika mesin kuda pun, ia sudah begitu popular.

Apakah pihak yang berkenaan masih merdiamkan diri. Namun isunya kini adalah apa tindakan pihak berwajib kepada pengusaha judi online.

Kita tahu pelakon sudah ditahan, tetapi siapa dalangnya yang sebenar? mustahil mereka tidak tahu dari awal filem ini membawa isu nagatif pada agama Islam, agama rasmi negara kita.

Siapa pula yang memberikan idea asal atau konsep iklan, mengupah pelakon dan menerbitkannya? Apakah sindiket ini sangat besar pengaruhnya?

Percayalah, selepas mereka berjudi, kemudian kalah, mereka meminjam pula dengan ceti haram.

Mungkinkah juga ceti haram (along) ini juga mempunyai hubungan dengan produksi yang mengeluarkan iklan itu?


CHE HASSAN CHE JOHAN ialah presiden Persatuan Penguna Melayu Malaysia (PPMM).

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.