Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

SURAT | Saya pandang serius kes rasuah Rosmah Mansor

Saya memandang serius keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Rosmah Mansor membela diri atas pertuduhan rasuah yang bernilai ratusan juta ringgit.

Ini adalah salah satu kes berprofil tinggi yang perlu diselesaikan segera.

Sekiranya tidak bersalah, maka kes ini perlu penutupnya. Jika bersalah, maka saya yakin seluruh negara menuntut keadilan terlaksana.

Rasuah adalah barah besar yang wajib kita perangi.

Bersatu mempunyai sejarah panjang memerangi rasuah. Parti ini ditubuhkan atas semangat memerangi rasuah dan mengembalikan integriti negara.

Kes-kes berprofail tinggi seperti ini mesti ada penyelesaiannya. Keadilan mesti dilaksanakan supaya menjadi pengajaran kepada semua dan tidak berulang lagi selepas ini.

Ini duit rakyat yang mesti dijaga dengan amanah.


MOHD YAZID MOHD YUNUS ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi bersatu.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.