Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

SURAT | GERAK98 akan letak calon menentang parti Pejuang

Gerak98 komited kepada matlamat asal penubuhan untuk mengangkat agenda reformasi.

Gerak98 sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Mahathir Mohamad merupakan musuh nombor satu reformasi.

Ini jelas diperlihatkan melalui tindak tanduk parti Pejuang dan sekutu yang bersungguh-sungguh untuk menghalang Anwar Ibrahim diangkat sebagai PM.

Gerak98 berhasrat untuk meletakkan calon menentang calon parti Pejuang di mana sahaja mereka bertanding semasa PRU15.

Kami yakin rakyat dan pengundi sekarang sudah bijak dan mahukan reformasi kerana sudah muak dengan permainan ahli politik yang mementingkan diri sendiri dari membela nasib rakyat.


SAZALI SHAMSUDIN ialah ketua sekretariat Gerak98.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.