Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Bekukan tol enam bulan - Bersatu Raub

Kepada Senator YB Menteri Kewangan,

Saya ingin mencadangkan agar dibekukan caj tol di setiap jalan raya bagi meringankan bebanan pengguna serta syarikat berkaitan pengangkutan yang terlibat dalam penghantaran bekalan asas kepada masyarakat seperti minyak, bekalan makanan dan perubatan serta anggota keselamatan.

Ia hendaklah dibekukan selagi perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Pembatalan ini secara langsung akan dapat membantu mengurangkan kos logistik sempena perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

Apa yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia keseluruhannya adalah akses kepada bekalan makanan dan perubatan.

Syarikat-syarikat tol mampu menyerap 6 bulan ketidakberhasilan dari operasi kutipan tol.

Penurunan kos logistik akan menurunkan keseluruhan harga barangan keperluan bersempena dengan penurunan harga minyak sedunia.

Saya amat berharap Senator YB Menteri Kewangan agar meneliti cadangan ini demi kebaikan rakyat Malaysia keseluruhannya.


MOHD FAKRUNIZAM IBRAHIM ialah ketua bahagian Bersatu Raub, Pahang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.