Gerakan: Pelihara Tabung Haji demi yang terbaik buat umat Islam
Pemindahan empat aset milik Tabung Haji pada pengurusan baru kerana tidak menguntungkan adalah alasan semata-mata. Tindakan kerajaan berbuat demikian dipercayai demi mengurangkan komitmen kerajaan yang semakin tinggi saban hari.
Sebanyak empat buah hotel milik Lembaga Tabung Haji di Kota Kinabalu, Bayan Lepas, Kedah dan Terengganu akan diambil alih oleh syarikat UJ Property Management Sdn Bhd bermula April. Sekali gus menamatkan operasi pengurusan TH Hotel dan Residence Sdn Bhd terhadap operasi aset Tabung Haji tersebut.
Pengurusan Tabung Haji dilihat semakin huru-hara sejak kerajaan baru ambil alih pucuk pimpinan. Bukan sahaja pendapatan dividen rendah malah aset negara dipercayai tidak menguntungkan kerajaan. Sekali gus membuktikan betapa cacatnya pengurusan kewangan negara oleh kerajaan baru ini.
Maka dengan itu, kerajaan tidak wajar menggunakan alasan aset Tabung Haji tidak berguna dan tidak mendatangkan hasil sebagai alasan untuk melaburkan semuanya pada syarikat lain. Sebaliknya, kerajaan harus memanfaatkannya demi manfaat orang Muslim.
Pelan pengambilalihan ini bukan sahaja mengejutkan semua pihak malah mendatangkan keraguan pada masyarakat. Oleh itu, kerajaan patut perjelaskan bukti kerugian yang dimaksudkan pada semua supaya orang ramai faham pengambil-alihan ini bukan demi kepentingan mana-mana pihak.
Sehubungan itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap sebarang keputusan kerajaan dalam urusan pemindah-milikan ini tidak mengabaikan kepentingan Tabung Haji. Tabung Haji perlu dipelihara untuk terus memberi yang terbaik kepada umat Islam di negara ini.
DR DOMINIC LAU HOE CHAI ialah presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai