Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

‘Perkhidmatan bas perantara MRT bergantung pada waktu puncak atau bukan’

Kami ingin memaklumkan berkenaan artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini bertarikh 2 Dis 2019 yang bertajuk “Perkhidmatan bas perantara MRT masih lemah meski berbilion dibelanja”.

Berhubung data yang dikumpul oleh pengguna berkenaan kekerapan masa menunggu, waktu puncak dan bukan puncak serta langkah yang diambil oleh RapidKL, kami ingin memaklumkan bahawa operasi harian bas kami adalah dirancang mengikut kepada permintaan dan ketersediaan bas.

Ketika waktu puncak, kekerapan perkhidmatan bas diperlukan untuk memenuhi permintaan yang tinggi, contohnya, bermula pada jam 7.00 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam. Waktu-waktu ini dikenali sebagai waktu puncak disebabkan waktu itu adalah waktu orang awam tergesa-gesa ke tempat kerja pada waktu pagi dan pulang dari pejabat pada waktu petang. Masa sebenar waktu puncak adalah fleksibel dan ia bergantung kepada permintaan untuk laluan perjalanan tertentu. Maksudnya, jika kekerapan perkhidmatan bas pada waktu puncak meningkat, bilangan bas yang tinggi akan diagihkan. Ini bermaksud bas yang diagihkan akan berkurang apabila permintaan pada waktu bukan puncak berkurang.

Berdasarkan perkara di atas, kami ingin menjelaskan bahawa kekerapan bas antara 10 hingga 15 minit seperti yang dinyatakan di dalam artikel hanya digunakan pada waktu puncak operasi untuk sesetengah perjalanan, dan ia bergantung kepada permintaan dan keadaan laluan yang di luar kebiasaan. Kekerapan spesifik seperti yang tertera tidak digunakan pada semua laluan dan setiap masa pada satu hari.

Bagaimanapun, kami bersetuju bahawa informasi kekerapan bas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) (dimansuhkan pada 2018) semasa pelancaran perkhidmatan MRT telah tamat. Sebagai kayu ukur kepada perkara tersebut, bas perantara MRT telah pun menunjukkan Anggaran Masa Berlepas (ETD) pada diod pemancar cahaya bas (LED). Penumpang boleh segera merujuk kepada paparan LED untuk mendapatkan informasi berkenaan anggaran masa berlepas bagi perjalanan mereka. Selain itu, kami sedang berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan bas perantara MRT dengan menerbitkan jadual pada papan kenyataan dan secara atas talian bermula Januari 2020.

Kami ingin berkongsi bahawa bas perantara MRT beroperasi di 57 laluan dan bergerak sebanyak 3,104 perjalanan pada hari minggu dan 2,329 pada hujung minggu. Kami sedang menjejak masa bas berlepas dengan bantuan pasukan pengurusan dan sistem penjejak. Semasa analisis yang dilaksanakan oleh 13 responden pada 10 hingga 13 September dan 17 hingga 20 September 2019, sistem kami merekodkan bahawa sejumlah 90 hingga 95 peratus perjalanan bergerak tepat pada masanya. Terdapat kemungkinan bahawa 13 responden yang telah mengumpulkan data pada waktu itu adalah tidak tepat daripada keseluruhan perjalanan yang kami telah kendalikan pada hari yang sama.

Seperti yang dipersetujui oleh responden di dalam artikel, dalam kebanyakan kes apabila bas tidak berada tepat pada masa, kemungkinan besar adalah disebabkan beberapa faktor seperti keadaan kesesakan lalu lintas, cuaca ekstrem, kerja-kerja pembinaan jalan, kemalangan dan beberapa kereta yang diletakkan di tepi jalan yang boleh menghalang bas daripada berkhidmat kepada komuniti.

Berikut adalah contoh pihak yang tidak bertanggungjawab yang menghalang bas perantara MRT untuk melengkapkan perjalanan mengikut masa yang ditetapkan:

 

Ketika bas kami terkesan, tertangguh atau bergerak semula dalam situasi seperti ini, kami akan memberitahu orang awam melalui saluran media sosial kami di Facebook @myrapid dan akaun Twitter @askRapidKL. Kami menggalakkan orang awam untuk berkongsi maklum balas mereka kepada kami agar kami boleh terus memperbaiki perkhidmatan kami.

[Baca penjelasan asal dalam bahasa Inggeris]


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.