Once bersemangat mulakan tugas sebagai ahli parlimen
Bekas vokalis Dewa 19, Once Mekel, menegaskan dia tidak keberatan jika diberi tugasan - sebagai ahli parlimen - bersama pengasas kumpulan tersebut, Ahmad Dhani Prasetyo walaupun mereka mewakili parti berbeza.
Once yang sudah mengangkat sumpah untuk menjadi wakil rakyat di parlimen negara itu merupakan wakil Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), manakala Ahmad Dhani dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerinda).
Kedua-dua mereka terpilih sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya yang diadakan pada Mac lalu. Tempoh mereka sebagai ahli parlimen akan berlangsung sehingga 2029.
“Oh tiada apa-apa masalah (ditugaskan bersama Ahmad Dhani), semangat,” katanya selepas dilantik secara rasmi sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta semalam.
Once atau nama sebenarnya Elfonda Mekel menganggotai Dewa 19 sejak 2000 sebelum memutuskan untuk keluar pada 2011. Dia kemudian bergerak solo sebagai penyanyi selain berkolaborasi dengan beberapa pemuzik untuk projek AYLI (As You Like It).
Once, 54, kemudian terjun ke dunia politik secara serius dan dijadikan calon pilihan raya oleh PDI-P.
Ahmad Dhani pula bertanding di kawasan lain di Senayan.
Once berkata, ketika ini dia masih menunggu arahan daripada pemimpin PDI-P berhubung tugasannya nanti, malah mengaku bersedia diletakkan di mana-mana.
Pada masa sama, Once meluahkan hasratnya untuk memperjuangkan secara khusus permasalahan dalam bidang industri kreatif.
“Apa lagi ketika ekonomi yang kurang baik, harus kita pastikan bahawa lebih banyak lapangan kerja yang dibuka.
“Juga di lapangan industri kreatif dan budaya yang nanti ingin saya perjuangkan agar semua menjadi lebih baik.
“Saya menunggu arahan daripada parti,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai