'Parodi Abuya' bukti rakyat Malaysia kreatif - Fahmi
Susulan siasatan terhadap Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH), pelbagai kandungan parodi mengenai organisasi itu di media sosial.
Mengulas perkara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan ia menyerlahkan kreativiti rakyat Malaysia.
Ditanya sama ada klip video seumpamanya akan diturunkan, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertindak atas permintaan polis.
"Ini membuktikan rakyat Malaysia ni sangat kreatif, pihak SKMM tak maklumkan kepada saya apa-apa.
“Tindakan yang berkaitan dengan GISBH, dari segi saisatan SKMM arahkan platform sosial media untuk turunkan kandungan atas permintaan pihak polis," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Kementerian Komunikasi di Putrajaya.
“Kita tak terima aduan setakat ini,” tambahnya.Susulan kontroversi GISBH, pengguna TikTok memuat naik kandungan parodi menggunakan lagu oleh kumpulan yang dipanggil "Pasar Ikhwan di Putrajaya."
Satu parodi popular menukar baris tertentu dalam lagu itu. Lirik asal berbunyi “Abuya seorang yang teliti, sudah tentulah PBT”.
Bagaimanapun, kandungan parodi menukarnya menjadi “Abuya seorang yang teliti, sudah tentulah skibidi..”
Pada 11 Sept lepas, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja dari 20 rumah kebajikan yang didakwa ada kaitan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disyaki menjadi mangsa buruh dan eksploitasi seksual.
Operasi polis yang digelar Op Global membongkar kes pengabaian dan penderaan, yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan GISBH.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai