Logo Malaysiakini

Syamsul pulang, terpancar kegembiraan di wajah Yusof, Patimah

Jelas terpancar kegembiraan di wajah Yusof Haslam dan isteri, Patimah Ismail dalam satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram malam tadi.

Mana tidaknya, keluarga itu kembali ceria seperti dulu kala apabila anak pasangan itu yang juga pengarah, Syamsul Yusof pulang selepas pulang selepas sekian lama tidak bertemu.

Melalui hantaran tersebut, Syamsul yang memakai jaket dan berseluar hitam dilihat memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.

Patimah mengiringi hantaran itu dengan memuat naik lagu Syukran Lillah nyanyian Sabyan. Lirik lagu itu menyentuh mengenai rasa syukur.

Lebih membahagiakan apabila detik itu turut diraikan bersama bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana dan anak mereka yang dikongsikan dalam satu hantaran berbeza.

Syamsul ketika itu mendukung Sumayyah dan kesemua mereka kelihatan tersenyum ceria.

Pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan Puteri Sarah Liyana.

Syamsul dan bekas isterinya itu bercerai pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Konflik itu berlanjutan selepas Syamsul bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand.

Bagaimanapun, Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu.