Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 14 hari diterbitkan

Keaton mahu dikenali sebagai Michael Keaton Douglas

Pemenang Anugerah Golden Globes, Michael Keaton membuat keputusan untuk tidak menggunakan lagi nama pentas yang selama ini melonjakkkan dirinya dalam karier seni.

Dia yang terkenal melalui filem Beetlejuice dan Batman itu sebaliknya akan menggabungkan nama asalnya iaitu Michael John Douglas dengan Michael Keaton.

Pelakon itu meluahkan hasranyat untuk dikenali sebagai Michael Keaton Douglas untuk projek-projeknya pada masa depan.

Bagaimanapun, hal itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Menurut Keaton, ketika memulakan kerjaya lakonan pada era 1970-an, dia tidak berpeluang menggunakan nama kelahirannya, Michael Douglas, kerana sudah ada aktor lain - dan memenangi Anugerah Akademi - yang menggunakan nama sama.

Peraturan A Screen Actors Guild melarang anggotanya menggunakan nama profesional ahli lain.

Majalah People melaporkan, pelakon itu bagaimanapun masih dikreditkan sebagai Michael Keaton dalam filem lakonannya yang terbaru, Beetlejuice Beetlejuice, selepas membuat kemunculan dalam watak ikoniknya untuk karya tersebut.

Keaton, 73, juga berkata dia ingin menggunakan nama baru dalam filem arahannya Knox Goes Away yang ditayangkan pada 2023 tetapi terlupa untuk ‘memberi amaran’ terlebih dulu kepada kru.

Beetlejuice Beetlejuice yang menampilkan pelakon asal dalam Beetlejuice seperti Winona Ryder dan Catherine O’Hara ditayangkan pada 28 Ogos di AS manakala di Malaysia sejak semalam.