Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Keluarga Nora sedang usahakan jalan penyelesaian terbaik

Anak sulung penyanyi Nora Ariffin berkata, Mohd Syakir Iman Johan berkata, keluarganya sedang mengusahakan penyelesaian terbaik untuk ketiga-tiga pihak.

Bagaimanapun, Mohd Syakir tidak menyatakan siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

“Saya tahu apa Datuk Nora muat naik di Instagram memang menarik perhatian ramai, tapi kami sedang cuba untuk selesaikan masalah ini secara dalaman bersama keluarga.

“Tentang lafaz itu, panjang ceritanya.

“Saya tidak boleh nafikan tentang itu, tapi kita sedang cuba usahakan penyelesaian terbaik untuk kesemua pihak,” katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Nora mendedahkan dia diceraikan talak satu oleh suami, Rushdi Ramli melalui sebuah video yang kemudian dimuat naik di Instagram.

Katanya beberapa jam selepas itu, Rushdi tidak bersalah dalam dalam hal itu kerana dia hanya bertindak mengikut arahan seseorang.

Berkongsi keadaan ibunya, Syakir, 31, berkata, penyanyi Hanya Satu itu berada dalam keadaan stabil dan positif.

Katanya, dia sekeluarga sentiasa bersama ibu mereka terutama ketika berdepan ujian.

“Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.