Negara kehilangan 3 seniman dalam tempoh dua hari
Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menyifatkan pemergian tiga seniman tanah air sebagai kehilangan besar buat negara.
Presiden Karyawan Freddie Fernandez berkata kematian Ibnor Riza, Lewis Pragasam dan M Daud Kilau dalam tempoh dua hari amat mengejutkan.
Tambahan pula menurutnya, ketiga-tiga seniman itu adalah ahli Karyawan yang aktif sepanjang hayat mereka.
“Ketiga-tiga individu ini sememangnya mempunyai jasa yang amat besar buat industri seni negara kerana lagu-lagu malar segar mereka menghiburkan kita selama berdekad-dekad.
“Ibnor Riza meninggal dunia akibat kanser, M Daud Kilau akibat pelbagai komplikasi penyakit dan maestro drum Lewis Pragasam pula akibat serangan jantung,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Freddie, Karyawan juga turut membantu mereka dengan pelbagai cara yang termampu di saat mereka mengalami keuzuran.
“Terima Kasih Ibnor, Lewis dan M Daud Kilau . Didoakan beroleh ketenangan di negeri abadi,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai