Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Mental tak kuat: Masya Masyitah ‘cabut’ tudung

Tidak mengejutkan sekiranya penyanyi Masya Masyitah menukar imej yang menunjukkan dia sudah tidak bertudung di Instagram hari ini.

Tampil dengan rambut berwarna pink dan imej ala pelakon dalam filem Barbie, Masya Masyitah seolah-olah membuat kenyataan membawa maksud tersirat mengenai penampilan terbarunya itu.

“Your mind has to be stronger than your feeling (fikiran anda harus lebih kuat daripada perasaan anda),” katanya.

Sebelum ini, Masya Masyitah atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff sering membuka laluan kepada netizen untuk mengkritik dirinya apabila perlahan-lahan membuka aurat di media sosial.

Paling teruk, dia dikecam apabila menggayakan baju sekolah dengan stoking ala-ala pelajar Jepun sekali gus menampakkan kulit pehanya.

Menjengah di ruangan komen, segelintir pengguna alam maya berkata tindakan Masya Masyitah, 23, itu tidak wajar dipersalahkan ekoran perbuatan pihak-pihak tertentu sering mengecam cara dia menutup auratnya sebelum ini.

“Tak boleh nak salahkan dia. Netizen banyak nasihatkan; lebih baik buka tudung,” kata seorang pengguna Instagram.

Tidak kurang juga segelintir yang memberikan pesanan buat penyanyi lagu Hapus itu agar dia terbuka hati untuk kembali ke pangkal jalan.

“Saya menyukai kamu sejak kamu menyertai Ceria Popstar sebab imej kamu, tapi apa yang kamu lakukan sekarang, mengecewakan ramai peminat.

“Semoga Allah bimbing kamu semula ke pangkal jalan,” kata seorang lagi warga maya.