Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Fahmi: Keterlaluan, tiket Coldplay 'dijual semula lebih RM43,000'

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmid Fadzil menegur pihak yang meraih keuntungan berlipat kali ganda daripada penjualan semula tiket konsert Coldplay.

"Ini keterlaluan - isu tiket di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara

"Insya-Allah saya bangkit dengan menteri Salehuddin Ayub," katanya pada hantaran di Twitter.

Fahmi berkata demikian ketika mengulas dakwaan iklan tiket "Cat 1", yang pada asalnya berharga RM1,288, dijual semula pada harga RM43,200.

Semakan Malaysiakini di pasaran dalam talian Mudah dan Carousell mendedahkan bahawa beberapa pengguna cuba menjual semula tiket pada harga berkali-kali ganda berbanding nilai asal.

Seorang pengguna di Carousell dikenali sebagai @sensualliew menjual semula tiga tiket berhargda RM1,288 dengan kenaikan 250 peratus.

Beberapa pengguna Carousell juga sedang mencari sama ada untuk membeli atau menukar tiket.

Tiket Coldplay sedang dalam prajualan untuk pelanggan CIMB pada hari Selasa, menarik 400,000 pembeli menurut penganjur GoLive Asia.

Ini membebankan laman web tiket dan ramai yang menunggu berjam-jam sebelum dapat membuat pembelian.

Tiada had pada bilangan tiket yang boleh dibeli oleh individu. Juga tiada sistem untuk memastikan tiket tidak boleh dipindah milik.

Kumpulan Coldplay yang meraih pelbagai anugerah muzik Britain akan datang ke Malaysia pada bulan November dalam siri Jelajah Dunia Music of the Spheres.