Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

‘Ceroboh’ filem seram fiksyen sains teroka dunia paranioa

Pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini, filem seram fiksyen sains Ceroboh akan ditayangkan di Netflix.

Filem yang diarahkan oleh Feisal Azizuddin, 36, itu mengisahkan dunia yang ditawan oleh makhluk asing yang boleh mengawal minda manusia.

Enam mangsa yang terselamat bersembunyi di dalam bangunan tinggal, tetapi apabila salah seorang daripada mereka terdedah kepada makhluk asing, paranoia di kalangan mereka itu sama bahayanya dengan sebarang ancaman dari langit.

“Skrip untuk Ceroboh berasal daripada pertandingan skrip yang Kuman Pictures adakan pada tahun 2019.  Ia adalah pertandingan yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Feisal Azizuddin

“Mereka boleh menulis apa saja (cerita), tetapi lebih baik (jika ia) berbentuk genre thriller. Ia perlu mempunyai enam watak dan semuanya dalam satu lokasi,” kata Feisal ketika ditemu bual oleh Malaysiakini.

Mereka menerima 120 buah skrip penuh daripada pertandingan tersebut. 

Abangnya Iskandar yang merupakan penerbit filem itu, dan penerbit Kuman Pictures Amir Muhammad meneliti semua skrip itu. 

Mereka menyenaraipendekkan 10 skrip dan akhirnya memilih Ceroboh, yang ditulis oleh Chong Keng Fatt.

Filem tersebut diterbitkan oleh Kuman Pictures dan syarikat penerbitan milik Feisal, Feisk Productions. 

Seram Lovecraftion

Feisal berkata jalan cerita asal tidak banyak diubah. Chong telah menulis skrip itu dengan elemen seram Lovecraftian (Lovecraftian horror). 

Ia turut dikenali sebagai genre seram kosmik. Ia dinamakan atas karya penulis Amerika Howard Phillips Lovecraft, yang menekankan keseraman yang tidak dapat dikenal pasti dan tidak dapat difahami pada skala kosmik.

Feisal menegaskan bahawa Kuman Pictures terkenal dengan filem seram indienya seperti 2 Sisters dan Roh tetapi mahu menjadikan Ceroboh sebagai filem yang lebih menarik.

“Mereka (enam watak tersebut) cuba menjauhkan diri daripada cakera langit yang mengganas di dunia luar. Cerita ini kurang tentang cakera langit tetapi lebih kepada interaksi antara enam orang watak itu, dan bagaimana mereka akhirnya menghidupkan satu sama lain.

“Makhluk asing itu dipengaruhi oleh sejenis keseraman Lovecraftian yang popular di Amerika Syarikat. Ia merupakan sesuatu di langit yang anda tidak boleh lihat tetapi ia berada di sana,” jelas Feisal.

[Baca berita asal]