Dewa 19 kumpulkan empat vokalis satu pentas
Dewa 19 bakal menebus janji mereka untuk kembali menghiburkan peminat Baladewa pada 10 September depan bersama empat vokalis termasuk pengasas band itu, Ahmad Dhani.
Konsert itu yang hadir sempena rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 memilih lokasi Axiata Arena, Kuala Lumpur sebagai meraikan momen bersejarah berkenaan.
“Kumpulan yang sudah memulakan konsert jelajah mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.
“Jika kehadiran Ahmad Dhani yang menggerakkan Dewa 19 bersama 30 lagu belum cukup menyemarakkan perayaan 30 tahun band asal Surabaya ini, Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 terus memberi bonus tambahan.
“Dan yang dinantikan juga buat pertama kali, Dewa 19 menghimpunkan empat vokalis handalan mereka di atas satu pentas,” menurut kenyataan dikeluarkan hari ini.
Bayangkan bagaimana Ari Lasso melantunkan lagu yang ikonik dengannya sebelum posisi vokalis itu diambil alih oleh Once Mekel dan perjuangan vokal magis kedua penyanyi itu disambung oleh Virzha serta yang terkini, Ello.
“30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu” demikian slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.
Ahmad Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam konsert mereka selama ini.
Untuk rekod, Ahmad Dhani, 50, pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter pada Januari 2018 dan dibebaskan pada Disember 2019.
Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia 2 Feb 2019 yang pada awal bakal menampilkan Ahmad Dhani tetap diteruskan tanpa kehadiran penyanyi itu.
Konsert itu sebaliknya diserikan dengan kehadiran Ari dan Once serta anak Ahmad Dhani, Dul Jaleani menggantikan bapanya sebagai pemain keyboard.
Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 yang ditunggu-tunggu ramai itu turut mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi.
Kesion Malaysia dan EF Media juga turut memberi sokongan padu terhadap konsert tersebut selaku rakan media rasmi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai