Saman malu: Permohonan Amber Heard untuk ketepi keputusan ditolak
Mahkamah di Virginia semalam menolak permohonan Amber Heard untuk mengetepikan keputusan kes saman fitnah bekas suaminya, Johnny Depp dan agar ia dibicarakan semula.
Antara hujah bagi permohonan tersebut adalah kerana salah seorang daripada tujuh juri itu bukanlah individu asal yang dipanggil untuk perbicaraan tersebut tetapi anaknya, ekoran tersalah identiti.
Peguam pelakon Aquaman itu meminta hakim Penney Azcarate untuk mengetepikan keputusan juri yang mendapati berlaku salah laku dan mengarahkannya untuk membayar ganti rugi AS$10 juta (RM44.39 juta) kepada Depp.
Hakim bagaimanapun menolak permohonan tersebut.
“Tiada bukti penipuan atau salah laku dan juri memenuhi keperluan berkanun untuk perkhidmatan.
“Juri telah dinilai, mengikuti seluruh perbicaraan, membuat pertimbangan dan mencapai keputusan,” katanya dipetik Reuters.
Juri pada bulan lalu mendapati Depp dan Heard telah melakukan fitnah antara satu sama lain.
Namun, keputusan lebih kuat berpihak kepada bintang Pirates of the Caribbean itu selepas perbicaraan selama enam minggu membabitkan dakwaan keganasan rumah tangga.
Kes itu yang disiarkan secara langsung dan mendapat perhatian jutaan orang memaparkan butiran intim dan mengejutkan tentang kehidupan peribadi pasangan selebriti Hollywood berkenaan.
Hakim kemudian mengarahkan ganti rugi berjumlah RM44.39 juta dibayar kepada Depp selepas mendapati artikel tulisan Heard yang diterbitkan di Washington Post pada 2018 mengenai pengalaman keganasan seksual dialaminya adalah fitnah.
Depp yang berusia 59 tahun menyaman Heard atas artikel di akhbar tersebut, walaupun namanya tidak dedahkan, namun pelakon itu digambarkan sebagai selebriti yang melakukan keganasan domestik.
Juri juga memutuskan Heard, yang membuat saman balas, dibayar ganti rugi sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta).
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai