Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Rihanna teruja jadi ibu walau hamil tak dirancang

Rihanna akhirnya bergelar seorang ibu selepas dia melahirkan bayi lelaki hasil perkongsian hidup dengan A$ap Rocky pada 13 Mei lalu.

Penyanyi itu melahirkan bayinya di sebuah hospital di Los Angeles, namun berita itu hanya dikongsikan seorang kenalannya kepada portal hiburan antarabangsa, TMZ, semalam.

Menurut People pula, berdasarkan maklumat daripada sumber mereka, Rihanna dikatakan dan sangat teruja kerana sudah bergelar ibu.

"Rihanna sudah menjadi seorang ibu yang hebat,” katanya.

Untuk rekod, Rihanna pertama kali mengumumkan berita mengenai kehamilannya pada penghujung Jan lalu selepas dia dan penyanyi rap berkenaan dilihat keluar bersama.

Sebelum itu dia menyorokkan kandungannya selama hampir empat bulan.

Sejak itu, Rihanna, 34, kerap berkongsi gambar dengan gaya ibu hamil yang mengundang perhatian ramai.

Sebelum ini, Rihanna pernah berkongsi mengenai kehamilannya yang tidak dirancang dalam satu temu bual.

“Rancang? Saya rasa ia bukanlah dirancang,” katanya.