Hazama tekad jadi pengarah, tak gentar nasib Mawi
Hazama bertekad mahu menjadi pengarah filem meskipun dia tahu bakal bedepan risiko sangat besar nanti.
Menyedari dia tidak mempunyai banyak pengalaman dalam bidang tersebut, justeru penyanyi dan pelakon itu berkata, dia berusaha menimba ilmu pengarahan setiap kali berpeluang berbuat demikian.
“Saya memang ada impian nak jadi seorang pengarah, sebab tu saya mula dengan berlakon dulu.
“Saya tak ada peluang nak masuk universiti untuk belajar, jadi apabila berlakon ia adalah peluang saya pelajari banyak perkara.
“Kalau saya dah faham cara kerja dalam lakonan, insya-Allah saya boleh jadi pengarah,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut penyanyi Relakan Jiwa itu, dia menetapkan sasaran untuk menjadi pengarah pada usianya 40 tahun.
Ditanya siapa individu yang menjadi inspirasinya untuk menjadi pengarah, pemilik nama penuh Hazama Ahmad Azmi itu menyebut nama Mawi.
Untuk rekod, filem sulung Mawi yang berjudul Tiada Tajuk ditayangkan pada 2019 hanya mencatat kutipan balik modal dengan pungutan RM503,600 untuk keseluruhan tayangan.
Jelas Hazama, 37, walaupun Mawi masih baru, penyanyi yang juga pelakon itu juga sama sepertinya tiada pengalaman untuk mengarah sebelum ini.
“Mawi asalnya bukan seorang pelakon tapi akhirnya dia tahu macam mana nak mengarah.
“Mawi pun sebelum ini tak ada pengalaman. Tapi dia tetap berjaya hasilkan filem pertamanya itu.
“Jadi, saya fikir kalau Mawi boleh buat, kenapa saya tak boleh pula?
“Faktor itulah yang mendorong saya untuk belajar jadi seorang pengarah,” tuturnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai