Sultan Selangor beli lukisan ‘parlimen beruk’
Sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan parlimen telah menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Lukisan itu menggambarkan keadaan seperti parlimen yang diisi oleh pelbagai jenis beruk. Turut diselit gambar katak.
Hanya speaker dan pegawai parlimen digambar sebagai manusia dalam lukisan itu.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa berkenan untuk membeli karya lukisan tersebut.
Malah, Baginda turut menyatakan untuk menggantungkan karya lukisan itu di bilik kerja peribadi baginda.
“Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” menurut status pejabat diraja Selangor itu.
Tiada maklumat lanjut berkaitan pelukis dan nama karya satira itu dinyatakan.
Lukisan yang dibeli sultan Selangor itu mirip karya artis jalanan Inggeris Banksy bertajuk Devolved Parliament yang dilelong dengan harga AS$12.2 juta (RM51.64 juta) pada 2019.
Devolved Parliament dilukis untuk menyindir ahli parlimen British.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai