Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Berniaga ayam segar jadi lembaran baru Ali Puteh

Ali Puteh mengakui tindakannya menceburi bidang perniagaan baru dibuat untuk membolehkan dia melupakan kontroversi yang pernah menghimpitnya.

Kata pelakon dan pelawak itu, dia kini bergiat aktif dalam perniagaan membekalkan bahan mentah seperti ayam segar.

Selari dengan keistimewaan bulan Ramadan, Ali percaya jika seseorang berusaha, pasti mereka peroleh ganjaran.

“Saya mahu tutup buku lama, sesuai dengan bulan Ramadan dan saya percaya jika kita berusaha pasti mendapat hasilnya,” katanya.

Ali turut mengaku dia terharu dengan peluang yang diterima apabila dilantik sebagai duta Raya Grocer (RG) dan menganggap ia mimpi yang menjadi kenyataan.

Menganggap ia sebagai dunia barunya, Ali enggan ambil pusing pandangan orang sebaliknya terus melangkah demi kebaikan semua pihak.

“Saya masih aktif dalam bidang seni jika ada tawaran, tapi saya juga mahu memberikan fokus pada bidang ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai pemilihan Ali Puteh sebagai Duta Ketua Pegawai Eksekutif RG Farhan Umar berkata, pelawak itu mampu memberikan komitmen dan bersama-sama memperkenalkan syarikat itu kepada orang ramai.

Ali juga menunjukkan minat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan serta komited dan bersungguh-sungguh me pelajari selok belok memproses ayam.

Bukan saja sebagai duta, Ali juga diberikan tanggungjawab sebagai Pengurus Perhubungan Awam RG.

“Bagi saya Ali ada karakter lain berbanding pelawak sedia ada. Malah saya difahamkan dia juga memang pernah berniaga bersama arwah abangnya, Abam.

“Kita mahu membentuk Ali menjadi usahawan berjaya dan membimbing dia sehingga mampu menjadi seorang dari pemegang saham syarikat ini,” katanya.