Fasha dedah 'resipi' 16 tahun ambil hati majikan
Fasha Sandha mendedahkan tidak pernah lewat ke lokasi penggambaran adalah ‘resipi’ dipraktikkan untuk menambat hati majikan sepanjang 16 tahun berkecimpung dalam sepak terajang dunia hiburan.
Aktres itu percaya, dengan memberikan komitmen sepenuh hati dalam pekerjaan, dia tidak akan menyusahkan mana-mana pihak produksi yang memberikan tawaran pekerjaan kepadanya.
“Memang saya tak pernah lewat walau sekali pun ke set penggambaran. Biasanya saya akan muncul di lokasi setengah jam lebih awal.
“Bagi saya, ni bukan saja memudahkan kerja, malah ia rahsia untuk disenangi oleh orang-orang di sekeliling,” katanya.
Berkongsi lanjut kisahnya, kata Fasha, disiplin tinggi yang dipamerkan itu sebenarnya bermula sejak dia berusia 18 tahun iaitu sewaktu menjinak-jinakkan diri dalam dunia peragaan.
“Mungkin saya dah terbiasa kerana pernah bekerja sebagai model. Kebanyakan call time waktu itu bermula sekitar empat atau lima pagi. Orang sedap-sedap tidur, tapi kami kena bertugas,” katanya.
Fasha, 37, berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai pengguna setia produk kesihatan Gebu Glow di ibu kota, kelmarin.
Kongsi dengan adik
Menurut pelakon Dua Takdir Cinta itu, perkara sama turut dikongsikan kepada adiknya yang juga pelakon iaitu Elisya Sandha.
“Saya tak mahu sekiranya adik sendiri pamerkan sikap buruk, nanti nama saya pula yang terjejas. Sebab tu saya selalu berpesan agar dia jaga disiplin kerja,” katanya.
Selain itu, Fasha juga menitipkan pesan agar Elisya sentiasa mengamalkan sikap merendah diri ketika berada di set penggambaran.
“Saya tegaskan kepadanya agar dia tidak sekali-kali berlagak diva di set penggambaran. Kita juga perlu berbuat baik pada kru yang lain. Kalau ada rezeki lebih, tidak salah untuk berkongsi,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai