Rakam, bocor babak House of Gucci, adik selebriti dikecam
Adik kepada seorang selebriti popular, dikecam gara-gara merakam serta memuat naik beberapa klip filem House of Gucci yang belum lagi ditayangkan secara rasmi di pawagam Malaysia.
Perkara itu didedahkan oleh pengguna akaun @ayshardzn melalui Twitter malam tadi.
Aduan berbaur sinikal itu turut ditujukan kepada Twitter rasmi panggung wayang tempatan, Golden Screen Cinema (GSC).
“Hi @GSCinemas mengapa (tindakan) ini dibenarkan di panggung wayang anda? Dan, mengapa masih buat benda ini? 2022,” ciapnya.
GSC kemudian membalas ciapan berkenaan dengan menegaskan bahawa rakaman kandungan filem adalah satu tindakan keras yang dilarang.
“Kami mengambil serius tentang perkara ini dan telahpun menghubungi dan melaporkan insiden berkenaan kepada pemilik sebenar untuk tindakan lanjut.
“Terima kasih kerana melaporkan.
“United International Pictures sudah sedia maklum tentang perkara ini untuk tindakan lanjut pihak mereka. Terima kasih,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan tindakan dilakukan pempengaruh itu selain menggesa tindakan keras diambil terhadapnya.
“Sama sama boikot GSC la kalau pesalah ni terlepas tindakan hukuman,” kata seorang netizen.
Menerusi tinjauan ke Insta Story wanita itu pula, Malaysiakini mendapati perkongsian itu sudah diturunkan.
House Of Gucci yang dibintangi Lady Gaga, Adam Driver dan Jared Leto dijadual menjengah pawagam Malaysia bermula 13 Januari ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai