Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Gegar Vaganza 8: Bandi Amuk gagal mara konsert seterusnya

Perjuangan penyanyi rock Bandi Amuk terhenti pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza 8 (GV8) malam tadi apabila dia menjadi peserta keempat yang tersingkir.

Bandi yang menyanyikan lagu I Want To Break A Free (Queen) gagal memuaskan hati juri bagi mengekalkan kedudukannya dalam kelompok sembilan peserta untuk ke minggu seterusnya.

Menurut juri Syafinaz Selamat, masih banyak perlu diperbaiki Bandi.

“Setiap minggu ke minggu jika ada perkara untuk diperbaiki, kami akan suarakan.

“Pada saya abang kena dengar dengan terbuka sedikit untuk pendengaran pada intonasi,” katanya.

Sementara itu, Nikki Palikat menjadi bintang yang menjuarai konsert malam tadi dengan markah sebanyak 72.3 peratus.

Selain Syafinaz, persembahan bintang GV8 yang bertemakan Kelentang Kelentong, dinilai juri tetap GV8, iaitu Ramli Ms serta Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala M Nasir selaku juri jemputan.

Berikut merupakan markah penuh peserta:

  • Nikki Palikat - 72.3 peratus
  • Aliff Aziz -71.9 peratus
  • Suki Low - 69.7 peratus
  • Azan Scan - 64.9 peratus
  • Ani Mayuni - 63.3 peratus
  • Shidee - 59.4 peratus
  • Aweera -57.5 peratus
  • Adibah Noor - 56.7 peratus
  • SaYa - 54 peratus
  • Bandi Amuk -53.8 peratus

Di awal acara, Adibah Noor diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak pula menjadi milik Suki Low selepas dibolot lima kali oleh kumpulan duo Sa.Ya.

GV8 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam sembilan malam.