Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
Salman Khan cedera dipatuk ular tiga kali
Bintang filem India yang terkenal dengan reputasi hidup dalam bahaya, Salman Khan, dipatuk ular dan terpaksa dirawat di hospital.
Kejadian berlaku ketika pelakon itu cuba mengeluarkan ular berkenaan dari rumah ladangnya di kawasan Panvel berhampiran Navi Mumbai.
"Seekor ular memasuki rumah ladang saya dan ketika membawanya keluar menggunakan kayu, ia menjalar ke tangan saya.
"Ketika cuba menangkapnya, ia mematuk saya tiga kali," kata Salman kepada pemberita selepas keluar dari hospital.
Pelakon berusia 56 tahun itu berkata dia diberi rawatan antivenom ular dan berada di hospital selama enam jam.
Salman membintangi banyak filem blockbuster sepanjang tiga dekad kerjaya hiburannya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai