Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Caprice selamat bergelar suami Farra Inalis

Penyanyi rap Caprice tiba-tiba mengumumkan khabar dirinya sudah selamat bergelar suami kepada Farra Inalis.

Berita gembira pernikahannya itu diumumkan melalui Instagram hari ini.

Katanya, dia juga terpaksa mengaktifkan akaun media sosial miliknya selepas dihujani pertanyaan mengenai status dirinya.

“Halal. Maaf saya menghilang lebih 40 hari. Banyak yang dilalui, Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan kongsikan apa yang berlaku.

“Tolong ikuti Instagram baharu saya kerana saya akan berkongsi semuanya di akaun baharu, disebabkan saya tidak dibenarkan menggunakan nama ‘Caprice’ dan akaun Instagram ini untuk sementara waktu.

“Saya terpaksa aktifkan semula akaun ini selepas ramai pihak cuba menghubungi saya.

“Maaf atas segala kesulitan. Saya akan kongsi semua cerita tidak lama lagi dan kembali lebih baik,” katanya.

Melalui carian di akaun Instagram, wanita pilihan Caprice itu adalah ibu tunggal anak satu berumur 26 tahun.