Ahmad Idham letak jawatan CEO Finas berkuat kuasa hari ini
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad Idham Ahmad Nadzri atas segala sumbangan dan jasa bakti sepanjang perkhidmatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) agensi itu yang berakhir hari ini.
Unit Komunikasi Korporat Finas dalam kenyataan hari ini memaklumkan, tugasan Ahmad Idham kini akan laksanakan oleh Rozita Waty Ridzuan untuk sementara waktu.
“Tugas CEO itu disambung Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Finas berkuat kuasa mulai 16 Okt sehingga CEO yang baru dilantik,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang tempoh kepimpinan pelakon yang juga pengarah itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan agensi berkenaan bagi memastikan kelangsungan sektor industri kreatif dalam mendepani cabaran penularan wabak pandemik Covid-19.
“Antaranya menerusi Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (Pelaksana), Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP) serta inisiatif kebajikan penggiat industri kreatif.
“Finas mengucapkan selamat maju jaya kepada Ahmad Idham dan semoga dia dapat meneruskan kecemerlangan dalam apa jua bidang dan organisasi yang bakal diceburi kelak,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai