Faizal nafi jadikan Erra isteri nombor dua
Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu menafikan laporan yang mendakwa dia sudah berkahwin dengan selebriti Erra Fazira.
Dakwaan palsu itu sebelum ini mengatakan aktres tersebut sudah bernikah sebagai isteri kedua dengan seorang ahli politik.
“Tak betul,” katanya dipetik Sinar Harian.
Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkahwin dengan Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan dikurniakan dua orang anak.
Gosip berkenaan timbul selepas seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan Erra sudah dijadikan isteri kedua Faizal.
Ciapan pengguna media sosial itu juga bertanya sama ada isteri pertama Faizal sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.
Erra bagaimanapun melalui Instagram miliknya membayangkan dia seolah-olah tidak mahu mengendahkan khabar angin yang mengaitkannya dengan Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang.
Katanya, ramai orang memang suka bergosip.
“Apoooo (apa) tak habis-habis cerita pasal kahwin ni. Apa pun, orang gemar bercakap, justeru, biarkan saja mereka,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai