TGV mula beroperasi secara rasmi esok
Berikutan pelancaran minggu lalu, rangkaian pawagam Tanjung Golden Village (TGV) Cinemas akan memulakan pembukaan secara rasmi esok di Kuala Lumpur, Klang, Cheras, Manjung, Kepong, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan hari ini, TGV turut memaklumkan dua lagi kawasan akan menyusul dibuka sehari kemudian iaitu TGV Kinta City dan TGV Taiping.
“Kami sudah menguji prosedur operasi standard (SOP) dan mengambil segala langkah keselamatan untuk menyambut kedatangan penonton dengan selamat di TGV bermula esok.
“Berdasarkan data penjualan, kami dapati TGV Moviegoers sudah membuat tempahan awal tiket mereka melalui laman sesawang dan aplikasi untuk filem.
“Antara yang mendapat sambutan ramai adalah filem seperti Black Widow dan No Time To Die,” kata kenyataan itu.
Pawagam di negeri di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus di ruang tayangan selain premis itu dibenar hanya untuk individu yang lengkap vaksin.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai