Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sharnaaz, Caprice pilih berbaik-baik semula

Perseteruan di antara Sharnaaz Ahmad dengan Caprice ibarat mencapai titik noktah selepas pelakon itu memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran kata-katanya kepada penyanyi rap terbabit sebelum ini.

Kata Sharnaaz, sebagai individu yang lebih matang, dia memohon maaf selain mengakui gurauannya terhadap Caprice agak keterlaluan.

“Insya-Allah, saya dengan Caprice akan selesaikan benda ini secara elok di belakang.

“Apa gurauan saya dari awal pada dia di Jordan sampailah sekarang ni mungkin agak keterlaluan dan saya sebagai orang yang lebih matang ingin mohon maaf kepada dia.

“Selebihnya terpulang kepada dia. Biar urusan ini kami selesaikan bersama,” katanya melalui video yang dimuat naik di InstaStorynya.

Terdahulu, pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu mempersenda Caprice melalui sesi di Instagram bersama seorang pelakon lain.

Sementara itu, permohonan maaf Sharnaaz disambut baik oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli apabila dia menyatakan hasratnya untuk bertemu aktor itu bagi menyelesaikan perkara berkenaan.

“Selamat datang ke Damansara @sharnaazahmad. Pihak kita terima permohon maaf tersebut.

“Saya pun kalau terlebih-lebih tadi, memohon maaf sebab saya pun tak makan tengah hari lagi, lapar.

“Insya-Allah selepas kuarantin saya akan sampai @cilikampunghartamas dan minum sama-sama,” balasnya.