Ari Lasso dibantu 'orang gila' untuk melawan kanser
Ketika didiagnos mengidap kanser limfoma tahap dua baru- baru ini, penyanyi Indonesia Ari Lasso menyedari bahawa dia perlu menanggung beban bil perubatan yang bukan sedikit selain rawatan yang memakan masa lama.
Namun, bekas vokalis kumpulan Dewa 19 itu bersyukur apabila tiba-tiba muncul seseorang yang "gila" untuk bersedia membiayai segala kos perubatan ditanggungnya.
Bukan setakat itu, pembiayaan untuk semua kos hospital juga tidak terhad bahkan Ari bebas untuk memilih di mana dia mahu menjalani rawatan kanser berkenaan.
"Kebetulan ada orang gila yang tiba-tiba uruskan semua bayaran,"
“Saya mahu berubat di mana saja, dia sudi membantu. Saya dipermudahkan oleh teman kitalah, saya bersyukur kepada Tuhan,” katanya sewaktu wawancara melalui saluran Youtube Deddy Corbuzier.
Dalam podcastnya bersama Deddy, Ari membuat pendedahan dia menghidap kanser yang disebut diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) tersebut.
Doktor mengesan dia menghidap DLBCL selepas mengadu sakit perut melampau dan hasil pemeriksaan mendapati ada ketumbuhan pada kelenjar limfanya.
Ari sudah menerima rawatan pada awal Ogos lalu bagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tersebut.
Meskipun tidak menyebut siapa gerangan rakan "gila" berkenaan, penyanyi lagu Rahasia Perempuan itu mengaku orangnya belum cukup lama dikenali.
“Gue (saya) jadi bingung, tiba-tiba Tuhan memperkenalkan saya dalam setahun ini dengan seseorang. Orangnya lucu, tidak berapa ramah, tapi dia sebaik itu.
“Ya kan, gila...” katanya berseloroh.
Bagi pemilik nama penuh Ari Bernardus Lasso itu, pertolongan dihulurkan rakannya itu membantu mengurangkan salah satu bebannya pada saat ini.
Ari, 48, yang turut mempopularkan lagu Hampa itu juga mengakui dia kini boleh memberi fokus sepenuhnya pada rawatan untuk menyembuhkan kanser yang dihidapi.
“Hal itu (biaya) tidak menjadi beban fikiran lagi. Satu beban selesai, tinggal fokus untuk memilih rawatan mana yang terbaik,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai