Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

A Aida selebriti pertama terima suntikan vaksin Pfizer

Penerbit sensasi, A Aida terpilih menjadi selebriti pertama negara menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech hari ini.

Menurut Aida, dia menerima suntikan tersebut lebih awal berbanding selebriti lain melalui keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Dia berpangkat kolonel bersekutu pasukan tersebut.

Aida menyifatkan langkah mengambil vaksin itu adalah tanggungjawab yang disaran kerajaan bagi membendung pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah selesai suntikan pertama pagi tadi. Semuanya berjalan dengan lancar.

“Nak kata takut tu tidak, saya pasrah je apabila nama tersenarai sebagai penerima vaksin hari ini,” katanya dipetik Kosmo!.

Sebelum ini, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, menerima suntikan vaksin jenis Sinopharm buat kali kedua di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jan lalu.

Suami Sasha, Sirhan Wahab turut menerima vaksin tersebut.

Mereka menerima suntikan vaksin kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama.