Single baru lagu Cina jadi taruhan Layla Sania
Selepas kejayaan single pertama ‘Que Sera Sera’, penyanyi Layla Sania, 19, melancarkan single terbarunya dalam bahasa Mandarin hari ini.
Lagu berjudul “By Your Side” itu menjadi taruhan Layla untuk menambat hati peminatnya selepas dia dikenali menerusi persembahan lagu bahasa Mandarin nyanyian asal Tiger Huang berjudul You’re The Only One in My Heart di program realiti I Can See Your Voice musim ketiga.
Penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia itu berkata dia memang berharap untuk memiliki sebuah single dalam bahasa Mandarin.
“Ini adalah single pertama saya di dalam Bahasa Mandarin.
“Saya amat teruja dan pada masa yang sama saya juga terharu kerana tidak sabar untuk melihat reaksi peminat menerusi lagu terbaru saya ini”, katanya.
Layla juga berkata lagu tulisan Joshua Goh dan Rolan Lim dan disusun oleh Danning Z itu diharapkan dapat memberi semangat kepada pendengar untuk terus mencapai impian dan mengharungi hidup bersama yang tersayang.
Menceritakan tentang cabaran penghasilan lagu itu, Layla berkata cabaran utama adalah untuk menyebut perkataan dengan jelas.
“Bercakap dan menyanyi dalam bahasa Mandarin adalah dua perkara yang berbeza. Saya amat lancar untuk bercakap dalam bahasa Mandarin, tetapi apabila menyanyi, saya perlu pastikan sebutannya betul,” katanya.
Dia juga banyak menghabiskan masa berlatih dan mengasah sebutan perkataan dalam Bahasa Mandarin menerusi lagu ini.
Single itu dilancarkan bersama video muzik rasmi lakonan Uriah See.
Menurut Layla, ini adalah kali pertama mereka berdua bekerjasama.
“Kali pertama saya berjumpa Uriah, beliau adalah seorang yang peramah. Saya amat berbesar hati dengan penglibatan Uriah di dalam video muzik By Your Side ini”, jelas Layla.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai