AJL35 ditunda ke tarikh lain
Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang sepatutnya bersiaran langsung daripada Auditorium MBSA, Shah Alam pada 7 Februari depan ditunda bagi mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Khairul Anwar Salleh, menjelaskan tempoh 14 hari PKP akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35.
“Ketika dalam sidang media AJL35 semalam, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan, dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan.
“Namun, semalam, Perdana Menteri menguatkuasakan PKP bermula hari esok sehingga 26 Januari depan. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutama kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain.
“Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, untuk kebaikan semua pihak, kami memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya setelah tempoh PKP ditamatkan secara rasmi,” katanya dalam kenyataan.
Khairul juga memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35.
“Kami berharap juga agar semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamatan kita semua,” katanya.
Terdahulu, AJL35 yang mencalonkan sebanyak 12 lagu ke pusingan final turut berdepan dugaan lain sebelum ini apabila penyanyi Alif Satar dan kru produksi terlibat dalam persembahan positif Covid-19.
Separuh akhir Muzik Muzik sebelum itu juga terpaksa ditunda program berkenaan atas faktor keselamatan.
Lagu-lagu layak bertanding adalah Hati yang dinyanyikan Hael Husaini, Belenggu Rindu (Jamal Abdillah dan Wani Hasrita), Peluang Kedua (Nabila Razali), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo dan Luca Sickta ), Aku Bidadari Syurgamu (Aishah), Semalam (Aina Abdul), Hutang (Floor 88), Gundah (Ernie Zakri), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Eh (Zizi Kirana), Kau Sakiti (Amir Masdi) dan Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B).
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai