Bab jodoh saya taklah sebangsat itu - Zizan
Bukan gimik sebarang drama Astro apabila pelakon Kamal Adli tiba-tiba melutut dan melamar kekasihnya Uqasha Senrose sewaktu lintas langsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya malam tadi.
Selain mata tertumpu kepada kedua-dua pasangan berkenaan, lensa kamera turut menyorot wajah hos program tersebut iaitu Zizan Razak.
Reaksi wajah pengacara, pelawak dan pelakon itu terus mengundang perhatian warga alam maya dan tular di media sosial.
Kurang senang apabila kisah cintanya sering diungkit netizen, Zizan memuat naik kenyataan bagi menjelaskan apa yang berlaku.
“Melihat apa yang berlaku malam tadi menjadi bualan di media sosial; tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose.
“Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi bukan plan (rancangan) saya.
“Saya tak tahu dan cuma memberi respons apa yang sporting supaya program tampak best,” katanya melalui Instagram.
Pada siaran langsung itu, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan sebentuk cincin kepada Uqasha.
Namun, Uqasha yang tampak terkejut dengan aksi gandingannya dalam drama Perempuan Tanpa Dosa itu tidak terus memberikan jawapan.
Dia sebaliknya bertanyakan sama ada apa dilakukan Kamal, 34, itu cuma sebagai mempromosi drama lakonannya.
Kamal kemudian mengulang soalannya sebelum Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 28, itu menjawab “yes” sambil disambut sorakan penonton.
Untuk rekod, nama Zizan dan Kamal sebelum ini dikaitkan antara satu sama lain kerana mereka pernah menjalin hubungan romantis dengan Emma Maembong.
Tambah Zizan, dalam memikirkan soal jodoh, dia sebenarnya bukan seperti yang difikirkan netizen.
“Dan bila sebut bab jodoh, saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan.
“Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh, ajal, maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai