Zunar terbit 'terapi ketawa' baru
Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar buat rakyat Malaysia, bukan hanya kerana Covid-19 tetapi juga ekoran ketidakstabilan dan pergolakan politik.
Dalam usaha menggembirakan rakyat, kartunis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque menerbitkan sebuah buku baru yang memberi gambaran lucu akan situasi politik semasa.
"(Covid-19 dan kegawatan politik) membuatkan rakyat hidup dalam kemurungan yang besar.
"Saya bukanlah seorang doktor, tetapi saya suka menawarkan 'terapi ketawa' bagi mengurangkan ketegangan itu," kata kartunis yang lebih dikenali sebagai Zunar.
Buku barunya, Politik Caca Marba - Kartun2 Era PN adalah nukilan pemikiran Zunar mengenai isu-isu semasa politik di Malaysia. Ia termasuk rasuah, pengkhianatan mandat rakyat dan kepimpinan ahli politik yang goyah.
"Pada pandangan saya pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) tidak mahir memerintah ditambah dengan tiada arah tuju yang jelas. Kerana itu, negara tidak menunjukkan kemajuan, sebalik mengundur," tambahnya.
Buku yang merangkumi 170 karya kartun serta dilengkapkan dengan terjemahan bahasa Inggeris itu berharga RM30 dan boleh didapati menerusi laman web Zunar.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai