Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Nabil sindir siapa lama tak pegang mikrofon?

Pengacara dan pelakon Nabil Ahmad tiba-tiba mengundang perhatian warga Twitter apabila didakwa memerli seorang lagi selebriti sewaktu dia mengendalikan sebuah program realiti hiburan semalam.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, tindakan spontan Nabil itu dikatakan ditujukan terhadap selebriti sensasi terbabit yang baru-baru ini kembali ke pentas pengacaraan di sebuah stesen televisyen berbeza.

Nabil didakwa menyindir apabila menyebut perkataan selfie-stick dan beberapa ungkapan yang sinonim dengan personaliti pengacara berkenaan.

Not my level shut up! (bukan tahap saya, diam).

“Orang selalu pegang selfie-stick, tiba-tiba pegang mikrofon, jadi macam itulah,” katanya.

Untuk rekod, pengacara terbabit sering memuat naik imej atau visual dirinya sambil merakam dengan telefon genggam menggunakan selfie-stick atau monopod.

Sikap Nabil mencetus perasaan kurang senang netizen yang segelintirnya berpendapat pengacara tersebut mengendalikan sesebuah program lebih baik berbanding Nabil kerana sudah lama berada dalam industri.

Bahkan, netizen juga menggesa Nabil segera membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kata-kata sindiran malah ada juga berangapan pelakon itu tidak pernah serik dengan kesilapan dilakukannya sebelum ini.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pengacara terbabit untuk mengulas perkara berkenaan.