Neelofa dirisik PU Riz
Pengacara terkenal Neelofa dikatakan sudah dirisik pendakwah PU Riz dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman rumahnya hari ini.
Memetik sumber, Astro Awani melaporkan Neelofa dan PU Riz mungkin bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.
Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet mula berkongsi gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon.
Malah, ibu Neelofa iaitu Noorkartini turut mengeluarkan kenyataan di Instagram seolah-olah menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya itu dan PU Riz.
"Bismillahirrohmannirohim, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, syukur pada mu Ya Rabb, saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.
"Aku yakin dengan ketentuanmu yang mana insan ini dapat membahagiakanya, menyerikan dan yang akan melengkapi hidupnya, yang akan menyokongnya setiap apa utusannya.
"Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu di syurga mu nanti, amin," tulisnya.
Hubungan rapat Neelofa dan PU Riz sudah dapat dihidu media sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Neelofa- yang baru-baru ini tampil berbeza dengan berpurdah - dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, tidak pernah menafikan atau mengesahkan hubungan kedua-dua pihak itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai