Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Luna akui baki wang dalam ATM pernah tinggal RM25

Pelakon popular Indonesia, Luna Maya mengaku pernah berdepan kesukaran gara-gara melakukan transaksi dalam talian tanpa had apabila wang dalam akaun banknya hanya berbaki RM25 (89,000 Rupiah).

Kata Luna, 37, dia hanya menyedari baki akaunnya tinggal jumlah yang minimum selepas membuat semakan di mesin juruwang automatik (ATM).

“Saya pernah di ATM saya Rp 89.000 (RM25),” katanya.

Pengakuan itu dibuat sewaktu aktres berkenaan menghadiri sesi wawancara bersama pelakon dan pengacara Ayu Dewi yang kemudian disiarkan dalam saluran YouTube Luna semalam.

Situasi dilaluinya itu membuatkan dia menyedari, dirinya tidaklah sekaya mana walaupun berstatus artis popular.

Pun begitu, pelakon Suzanna Bernapas Dalam Kubur (2018) itu menafikan wangnya susut akibat dicuri sebaliknya ia digunakan untuk perbankan mudah alih.

“Ya, sudah dipindah-pindahkan wang, lepas lihat balik tak ada lagi duitnya. Bererti kan duit saya tu taklah banyak mana,” katanya lalu tertawa.